Skip to main content

Malaysia

Anggota Parlimen Lenggong tawar diri bertanding jawatan MT Umno

61378684142_295x200.jpg
Anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul  Anuar Nasarah hari ini menawarkan diri bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Lenggong itu berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa pandangan dan meneliti pelbagai sudut.

"Keputusan itu saya buat setelah mendapat restu Pengerusi  Badan Perhubungan Umno negeri (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan pemimpin Umno negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lenggong di sini, pada Ahad.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) itu berkata beliau bertanding bukan untuk kepentingan  peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan  negara.

"InsyaAllah dengan pengalaman saya dalam gerakan belia di mana saya pernah memegang jawatan di pelbagai peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sehingga pernah menjadi presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta pernah menjadi exco Pemuda Umno Malaysia, saya harap dapat membantu parti menarik sokongan muda," katanya.

Must Watch Video