Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang dan Selat Melaka Utara

51379570046_295x200.jpg
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka berterusan sehingga awal pagi Isnin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, lewat malam tadi, keadaan yang sama dijangka berlaku di perairan Selat Melaka Utara sehingga awal pagi ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil," katanya semalam.

Must Watch Video