Skip to main content

Malaysia

Amaran hujan tahap buruk, waspada di Sabah dan Sarawak hingga esok

41709874678_hujanlebat.jpg
Amaran tahap buruk di Sabah dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga esok, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip.

Dalam kenyataan pagi ini, beliau berkata amaran tahap buruk di Sabah dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Tawau (Lahad Datu) serta Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan lama media sosial rasmi jabatan, atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video