Skip to main content

Malaysia

Amaran cuaca panas Tahap Satu di Tanah Merah, Kuala Krai, Mukah

61683629148_muridsekolah.jpg
SHAH ALAM : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap Satu (berjaga-jaga) di dua negeri sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut bermula Selasa.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman Facebook setakat jam 4.30 petang memaklumkan negeri yang terlibat adalah Kelantan dan Sarawak.

Di Kelantan kawasan yang terlibat ialah Tanah Merah dan Kuala Krai, manakala Sawarak pula di Mukah.

Agensi itu turut memaklumkan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Artikel asal di Sinar Harian

Must Watch Video