Skip to main content

Malaysia

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak

51716340207_HARIWESAK.jpg
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda bertitah keharmonian antara kaum sentiasa menjadi tunjang perpaduan negara.

"Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini," titah Seri Paduka Baginda melalui hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perayaan Hari Wesak disambut hari ini.

Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. - BERNAMA

Must Watch Video