Skip to main content

Malaysia

47 warga asing termasuk kanak-kanak ditahan di Bintulu - JIM Sarawak

BINTULU, 08 MEI 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak (JIM) Bahagian Bintulu berjaya menahan seramai 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan selama dua hari bermula 06 Mei hingga 07 Mei 2026 di sekitar Bintulu dan Samalaju. Operasi melibatkan seramai 12 anggota JIM Bintulu dengan kerjasama lapan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu menerusi pelaksanaan Ops Bersama, Ops Sapu dan Ops Belanja. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak enam lokasi telah
Hasil pemeriksaan mendapati 47 warga Indonesia telah ditahan melibatkan 40 lelaki, empat wanita dan tiga kanak-kanak perempuan, atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). - Gambar Facebook JIM Sarawak

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 47 warga asing termasuk kanak-kanak, atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu dijalankan pada Rabu dan Khamis di sekitar Bintulu dan Samajalaju.

JIM Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan sepanjang operasi dijalankan, sebanyak enam lokasi diperiksa melibatkan rumah kongsi, rumah kediaman, flat dan premis perniagaan di kawasan sekitar bandar Bintulu.

“Dalam operasi tersebut, pihak penguat kuasa telah memeriksa 59 individu, terdiri daripada warganegara asing dan tempatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 47 warga Indonesia telah ditahan melibatkan 40 lelaki, empat wanita dan tiga kanak-kanak perempuan, atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan JIM Sarawak itu, antara kesalahan dikenal pasti termasuk tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1), akta berkenaan.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat, bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen sentiasa dipatuhi, demi keselamatan dan ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video