Skip to main content

Malaysia

37 mangsa banjir di Keningau dipindahkan ke PPS

41733572258_PPSTumpat.jpg
KOTA KINABALU: Seramai 37 mangsa banjir daripada 12 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dato Angian Andulag, Apin-Apin, Keningau, pagi ini, meningkat berbanding 36 mangsa malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan PPS tersebut mula dibuka pada pukul 7 pagi semalam.

"JPB Daerah Keningau telah mengisytiharkan kejadian banjir sebagai bencana bagi kawasan kampung sekitar Sungai Pagalan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


Must Watch Video