Skip to main content

Malaysia

1MDB: PDRM masih bekerjasama dengan negara luar dalam kes Jho Low - KPN

 IGP, KPN
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail optimis PDRM dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam menjalankan siasatan kes ini. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara berkaitan melibatkan ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, Taek Jho Low berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail turut optimis PDRM dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam menjalankan siasatan kes ini.

โ€œTindakan seperti mana yang (dijalankan) dahulu, kita (PDRM) mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara berkaitan,โ€ katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup PDRM Special Dialogue V 2026 di Pusat Konvensyen KLGCC di sini, hari ini.

Mohd Khalid turut menyatakan tidak ada isu untuk PDRM melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam mengendalikan kes, namun ianya dilihat sensitif untuk dibincangkan di khalayak ramai.

"Saya percaya semuanya berada dalam suasana dan keadaan yang baik dan tidak ada isu untuk PDRM melaksanakan tugas dan tanggungjawab," katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, Jho Low telah memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, baru-baru ini.

Menurut maklumat yang dipaparkan di laman web Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), permohonan pengampunan yang dibuat oleh Jho Low itu diklasifikasikan sebagai โ€œpengampunan selepas selesai menjalani hukuman.โ€

Bagaimanapun, status permohonan tersebut masih dalam pertimbangan (pending) dan tiada perincian lanjut didedahkan setakat ini.

Jho Low sebelum ini berdepan pertuduhan menyeleweng kira-kira AS$4.5 bilion (RM17.7 bilion) dana daripada dana 1MDB pada 2018, namun sehingga kini masih bebas daripada ditahan pihak berkuasa.

Pendakwa Raya Persekutuan AS mendakwa Jho Low, dengan bantuan dua bekas jurubank Goldman Sachs Group, telah membayar hampir AS$2 bilion (RM7.8 bilion) dalam bentuk rasuah kepada pegawai asing bagi menjayakan skim berkenaan.

Selain itu, sekitar AS$1 bilion (RM3.9 bilion) lagi dipercayai disalurkan sebagai habuan kepada individu yang terlibat, manakala Jho Low sendiri didakwa memperoleh sekurang-kurangnya AS$1.42 bilion (RM5.58 bilion) hasil daripada skim tersebut.


 

Must Watch Video