Skip to main content

Hiburan

"Terima kasih Paknil..." - Datuk Aznil bagi duit raya di Instagram

71560218405_01.jpg
PENGACARA nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi membuat kejutan kepada pengikut-pengikutnya apabila secara spontan memberikan duit raya ketika membuat 'live' di Instagram.

"Masa Paknil buat Live tadi ramai pulak yang mintak duit raya. Jadi Paknil cakap saper yang letak nombor account, nama dan nama bank, Paknil akan pilih secara rawak," tulis Aznil sambil memaparkan lima screen cap mereka yang terpilih.

Rata-rata memuji sikap Aznil yang sering menghargai peminat dan pengikutnya apatah lagi dia sering melakukan perkara-perkara baik ini secara spontan.

Salah seorang pengikut Aznil di Instagram turut berterima kasih kerana Aznil memberikan contoh yang baik sebagai seorang selebriti.

"Walaupun saya tak dapat, saya tetap berterima kasih dengan Paknil kerana Paknil meraikan followers Paknil.

Must Watch Video