Skip to main content

Hiburan

Saharul Ridzwan terharu "Allah" perkataan pertama keluar dari mulut anak

41513677633_saharul-anak.jpg
Aktor Saharul Ridzwan terharu apabila perkataan pertama yang keluar dari mulut anaknya, Luth Ali adalah Allah.

Saharul berkongsi rasa teruja itu menerusi akaun Instagram (IG)nya dengan memuat naik video saat anaknya menyebut nama pencipta.

Menerusi video yang dikongsikan, Ali yang baru berusia enam bulan itu menyebut perkataan Allah beberapa kali selepas mendengar laungan azan.

Saharul memberitahu ketika isterinya hamil, dia pernah berdoa agar perkataan pertama yang keluar dari mulut anaknya itu adalah nama Allah.
 

Must Watch Video