Skip to main content

Hiburan

'Overdose' dadah? Penyanyi genit Demi Lovato dikejarkan ke hospital

71532505629_demi-lovato-dadah-header.jpg
PENYANYI Demi Lovato dikejarkan ke hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat selepas didakwa mengmbil dadah jenis heroin secara berlebihan.

Menurut sumber, penyanyi itu kini berada dalam keadaan yang stabil.

Demi ditemui tidak sedarkan diri dan dirawat dengan Narcan, iaitu ubat yang direka khas untuk mengatasi masalah heroin berlebihan sebelum dikejarkan ke hospital tempatan.


Penyanyi itu telah berjuang dengan masalah penyalahgunaan dadah selama bertahun lamanya.

Sebelum ini, Demi telah menerima rawatan untuk gangguan bipolar dan penyalahgunaan bahan dadah.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Variety.com

Must Watch Video