Skip to main content

Hiburan

Oscar: Pengkritik sebulat suara pilih Anne Hathaway

51361704847_295x200.jpg
Adakah anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk filem Les Misérables milik Anne Hathaway?

Pengkritik filem, Ajami Hashim dan Fadli Al-Akiti yang dijemput Astro Awani telah sebulat suara meramal Anne Hathaway sebagai calon pemenang yang layak untuk memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

“Anne Hathaway seolah-olah menang tanpa bertanding, ini kemungkinan kerana nyanyian lagu ‘I Dreamed a Dream’ darinya di dalam filem tersebut” kata  Ajami.

Pendapatnya turut dipersetujui oleh Fadli.

Sebelum itu Anne Hathaway telah memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk filem yang sama di Anugerah Bafta, Anugerah SAG dan Anugerah Golden Globe ke -70.

Ajami dan Fadli turut meramalkan pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Untuk melihat ramalan selanjutnya mengenai pemenang Anugerah Akademi ke -85 sila tontoni temubual penuh di Gala TV.

Must Watch Video