Skip to main content

Hiburan

Ibu penyanyi Kaka Azraff meninggal dunia

61683439252_TBKakaAzraff.jpg
IBU kepada penyanyi Kaka Azraff, Redida Aziz, meninggal dunia pada Ahad.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Kaka menerusi hantaran di Instagram Stories.

"Dukacita dimaklumkan, ibunda tercinta, Redida Aziz telah kembali ke Rahmatullah," tulis Kaka.

Terdahulu, Kaka berkongsi keadaan ibunya yang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

Tulis kaka sambil memegang tangan arwah ibunya pada Sabtu; "Syurgaku, dunia akhiratku" -- Gempak

Must Watch Video