Skip to main content

Hiburan

Henry Golding bakal galas watak Snake Eyes dalam filem terbaharu G.I Joe

51566266411_untitled-design-2019-08-20t010556-903.jpg
PELAKON kelahiran Malaysia, Henry Golding disebut-sebut akan membintangi filem superhero "G.I Joe". 
 
Memetik laporan The Hollywood Reporter, Golding adalah calon utama untuk membawakan watak Snake Eyes dalam francais terbaharu filem itu. 
 
Snake Eyes merupakan seorang komando ninja yang berpakaian serta hitam tanpa pernah bersuara dan menunjukkan mukanya. 
 
Snake Eyes juga sangat handal berlawan dan sering menjayakan misi tempurnya secara solo. 
 
Di laman sosial Twitter, peminat berkongsi pelbagai reaksi atas kesahihan desas-desus itu. 

Must Watch Video