Skip to main content

Hiburan

Hafiz Suip kongsi detik berdepan bencana taufan di Jepun

71538409608_hafiz-befunky-collage.jpg
PENYANYI Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah menceritakan pengalaman berdepan dengan bencana taufan yang berlaku di negara Jepun.

Sedang bercuti di negara matahari terbit itu, Hafiz berkongsi detik ketika bencana itu berlaku di laman Instagram miliknya.

Menurut Hafiz, mereka telah diarahkan untuk berada di dalam hotel penginapan sehingga keadaan selamat.

BACA: Taufan Jebi melanda Jepun, Sharifah Amani selamat

BACA: Taufan Jebi: Angka korban cecah lapan nyawa

 

BACA: Taufan Trami: Dua maut, pengangkutan awam terjejas, rumah bergelap

BACA: Selepas Jebi, kini giliran Taufan Trami pula membantai Jepun


Penyanyi itu juga melahirkan rasa syukur kerana dia dan isteri selamat sampai di hotel dan menanti perkembangan terkini menerusi berita yang disiarkan di stesen televisyen tempatan.

Rata-rata pengikutnya turut mendoakan semoga Hafiz dan isteri selamat dan dipermudahkan urusan dalam menempuh bencana alam tersebut.



Must Watch Video