Skip to main content

Hiburan

Hael Husaini berjaya "Jampi" Dua Lipa

61553657300_HAELDUALIPA.jpg
SIAPA yang tak gembira apabila cintanya dibalas, malah yang membalas bukannya calang-calang orang.

Itulah yang terjadi kepada penyanyi yang popular dengan lagu Jampi, Hael Husaini apabila cintanya dibalas penyanyi, Dua Lipa.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hael sendiri di laman Instagramnya, menunjukkan Hael melaungkan kepada Dua Lipa ayat " I love you so much" dan Dua Lipa membalasnya "All my love to you".

Sudah pasti itu momen yang sangat mengembirakan, apa tidaknya cinta itu terbalas.

Momen itu berlaku selepas konsert sambutan ulang tahun Lazada yang ke 7 di Jakarta, Indonesia.

Dua lipa,23 yang popular dengan lagu New Rules dan IDGFA itu antara selebriti yang hadir untuk membuat persembahan pada malam ulang tahun Lazada.

Selain Hael Husaini, Ismail Izzani dan pengacara serta pelakon, Sean Jle juga antara rakan selebriti dari Malaysia yang turut hadir memeriahkan  acara tersebut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dia balas la pulak ehekk


Must Watch Video