Skip to main content

Advertisement

Hiburan

'Hadiah ulang tahun perkahwinan untuk bulan ini' - Ayu Damit selamat bersalin anak keempat

41701573765_AyuDamit.jpg
PENYANYI Ayu Damit menzahirkan rasa syukur selepas selamat bersalin anak keempat di sebuah pusat perubatan pada Sabtu.

Berita gembira itu dimaklumkan Ayu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)



Menurut Ayu, anak keempatnya itu dilahirkan awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

“Alhamdulillah, syukut ke hadrat ilahi, pada 02.12.2023 pukul 01.21 pagi, Ayu selamat melahirkan bayi perempuan,” maklumnya.

Lebih manis lagi, Ayu menganggap cahaya mata kesayangannya itu sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan bersama suami.

"Terima kasih atas semua doa dari keluarga dan rakan-rakan. Hadiah ulang tahun perkahwinan ye bulan ni," tulisnya.

Terdahulu, Ayu mendirikan rumah tangga dengan Syed Fauzi pada tahun 2009.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 14, Sharifah Alya Aryana, 11, dan Syed Aqif Najmi, 8 tahun. -Gempak



Must Watch Video