Skip to main content

Hiburan

Bukan kali pertama, Nubhan pernah lafaz cerai - Peguam

71760582823_TBNubhan.jpg
SEPANG: Penyanyi Ahmad Nubhan pernah melafazkan cerai kepada isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek kali pertama lapan tahun lalu sekitar 2017.

Perkara itu maklumkan peguam plaintif Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, prosiding pengesahan di hadapan hakim syarie pada hari ini melibatkan kedua-dua kes cerai termasuk dilafazkan Nubhan pada Ogos lalu.

Terdahulu, pelantun lagu Kekasih Untukku itu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Sepang jam 9.40 pagi disusuli Dr Afifah lima minit kemudian.

Ahmad Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun. - Sinar Harian







Must Watch Video