Skip to main content

Hiburan

Blinks, bersedia! Album penuh Blackpink menjengah ke pasaran Oktober ini

51595983377_blackpink.jpg
YANG ditunggu-tunggu sudah hampir tiba!

Kumpulan Kpop sensasi Blackpink telah melancarkan poster dan juga tarikh album penuh pertama mereka.

Perkara itu diumumkan sendiri YG Entertaiment di akaun Instagramnya.

Album yang bertajuk "BLACKPINK THE ALBUM" dijadualkan berada di pasaran pada 2 Oktober 2020.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

⠀ BLACKPINK THE ALBUM TEASER POSTER ⠀ #BLACKPINK #블랙핑크 @blackpinkofficial #YG

A post shared by YG Entertainment Official (@yg_ent_official) on


BACA : Ariana Grande bakal sertai Blackpink?

BACA : Blackpink pecah lima Rekod Dunia Guinness dengan 'How You Like That'



Memetik laporan Soompi, album pertama Blackpink ini akan memberi fokus kepada pasaran global dan turut menampilkan lagu yang mencipta fenomena iaitu "How You Like That".

Terdahulu, YG Entertainment berkata Blackpink akan mengeluarkan single baharu pada Ogos dengan kolaborasi bersama penyanyi yang masih menjadi teka-teki.

Blackpink dianggotai oleh Rose, Jisoo, Jennie dan Lisa.

Must Watch Video