Skip to main content

Hiburan

Baim Wong berkahwin kerana keburukan isteri

71529971224_baimz_1.jpg

PELAKON terkenal Indonesia, Baim Wong bakal melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya yang juga seorang model terkenal Indonesia, Paula Verhoeven, tidak lama lagi.

Menurut Baim, beliau mempunyai alasan yang kukuh untuk berkahwin walaupun baru tiga bulan bercinta.

Baim memegang kata-kata bapanya yang menasihati untuk berkahwin kerana keburukan pasangan, bukan kerana kebaikan.

"Setiap orang mempunyai kelainan masing-masing," ujar Baim.

Baim telah menemukan keburukan Paula sepanjang tempoh tiga bulan percintaan mereka dan dia menyatakan, kelemahan bakal isterinya itu mampu ditanganinya dan mereka mampu untuk bertolerasi dengan sisi keburukan masing-masing.

Teks: Asraf Aided
Sumber: kapanlagi.com


 

Must Watch Video