Skip to main content

Dunia

Xi jelaskan konsep keharmonian alam kepada Trump semasa lawatan di Beijing

At the Hall of Prayer for Good Harvests in the Temple of Heaven, President Xi explained for President Trump and his family the concept of harmony among all beings and respect for the law of nature.
Gambar lawatan tersebut dikongsi oleh Mao di media sosial, memperlihatkan Xi bersama Trump dan anggota keluarganya ketika sesi lawatan berkenaan. - Foto X/Mao Ning

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping, dilaporkan menerangkan konsep “keharmonian antara semua makhluk” kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semasa lawatan rasmi di Beijing.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, penjelasan itu dibuat ketika kedua-dua pemimpin melawat Hall of Prayer for Good Harvests di Temple of Heaven pada Khamis.

Xi turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan menghormati undang-undang alam semula jadi, satu prinsip yang menjadi asas dalam falsafah tradisional China.

Gambar lawatan tersebut dikongsi oleh Mao di media sosial, memperlihatkan Xi bersama Trump dan anggota keluarganya ketika sesi lawatan berkenaan.

 

 

Trump kini berada di Beijing untuk hari ketiga lawatan negara beliau ke China, dalam rangka usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara kuasa besar itu.

Lawatan ini turut menyaksikan pelbagai program rasmi dan perbincangan melibatkan isu kerjasama strategik serta hubungan ekonomi antara Washington dan Beijing.
 

 

 

Must Watch Video