Skip to main content

Dunia

Xi berlepas ke mesyuarat APEC, lawatan negara ke Korea Selatan

61761789639_AirChina.jpg
BEIJING: Presiden China Xi Jinping pada Khamis berlepas ke Korea Selatan bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-32 di Gyeongju dan mengadakan lawatan negara atas jemputan Presiden Lee Jae-myung, lapor Xinhua.

Lawatan beliau diiringi ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) merangkap Pengarah Pejabat Am Jawatankuasa Pusat CPC, Cai Qi.

Turut serta ialah Wang Yi, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC merangkap Menteri Luar, dan He Lifeng, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC merangkap Naib Perdana Menteri.

-- BERNAMA






Must Watch Video