Skip to main content

Dunia

Turkiye sifatkan gangguan Israel terhadap flotila ke Gaza sebagai tindakan lanun

A CCTV footage shows crew of the second flotilla that sailed from the Spanish port of Barcelona, carrying humanitarian aid to Palestinians in Gaza, raise their arms with a member as the vessel is said to be intercepted by Israeli Army at a location given as at sea off coast Greece, April 30, 2026 in this screengrab taken from a handout video. Global Sumud Flotilla/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT. TEXT AND OVERLAYS FROM SOURCE. VERI
Badan penganjur Global Sumud Flotilla memaklumkan kapal tentera Israel mengepung konvoi di perairan antarabangsa berhampiran pulau Crete Greece. - Foto Reuters

WASHINGTON: Turkiye pada Khamis menggelar campur tangan haram Israel terhadap flotila bantuan ke Gaza sebagai "tindakan lanun", mengatakan ia sedang mengambil "semua langkah yang perlu" berhubung warganya dan penumpang lain di atas kapal itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Dengan menyerang Global Sumud Flotilla yang bertujuan menarik perhatian dunia kepada bencana  kemanusiaan dihadapi penduduk Gaza yang tertindas, Israel telah melanggar nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa,” kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan.

Ia berkata tindakan Israel itu juga melanggar prinsip kebebasan pelayaran di perairan antarabangsa, sambil menambah: "Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil pendirian bersatu menentang tindakan melanggar undang-undang oleh Israel ini."

“Semua langkah yang perlu diambil dalam penyelarasan dengan negara berkaitan mengenai situasi rakyat kita dan penumpang lain di dalam armada itu,” tambahnya.

Badan penganjur Global Sumud Flotilla memaklumkan kapal tentera Israel mengepung konvoi di perairan antarabangsa berhampiran pulau Crete Greece, mengganggu komunikasi dan memutuskan hubungan dengan 11 kapal.

Flotila itu, yang membawa lebih 400 orang awam, bertujuan membuka koridor laut kemanusiaan ke Gaza dan menyampaikan bantuan ke enklaf itu yang telah berada di bawah sekatan Israel sejak 2007.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video