Skip to main content

Dunia

Tragedi bot terbalik dibadai ribut ragut 14 nyawa pelajar di Rusia

81466384467_LakeSyamozero.jpg
14 pelajar terkorban apabila bot yang dinaiki mereka terbalik akibat dibadai ribut di  Tasik Syamozero di wilayah Karelia, utara Rusia pada Ahad.

Turut terkorban ialah seorang dewasa yang dipercayai guru pengiring  mangsa-mangsa terbabit.

Sebahagian besar mayat mereka ditemui di sebuah pulau di tasik berkenaan manakala selebihnya ditemukan di sebuah kampung setelah dibawa arus.

Pelajar berkenaan, berusia di antara 12 tahun dan 15 tahun berasal dari Moscow dan sedang mengikuti acara perkhemahan musim panas.

Ketika kejadian 47 pelajar dan empat pengiring dewasa berada di dalam bot.

Setakat ini empat suspek sudah ditahan atas dakwaan melanggar peraturan keselamatan.

Mereka terdiri dari dua pengiring serta pengarah dan timbalan pengarah hotel di mana mereka  menginap.

Sementara itu Datuk Bandar telah mengerahkan doktor dan pakar psikologi membantu mangsa yang terselamat.

Menurut polis, pihak berkuasa sebelum ini telah mengeluarkan amaran berhubung ancaman taufan dan angin kencang beberapa hari sebelumnya.

Must Watch Video