Skip to main content

Dunia

Tindakan agresif terhadap askar pengaman UNIFIL mesti dihentikan - PBB

FILE PHOTO: A UN peacekeeper (UNIFIL) looks through an opening in Houla village near the border with Israel, in southern Lebanon, September 2, 2019. REUTERS/Ali Hashisho/File Photo
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memandang serius insiden tindakan agresif terhadap pasukan pengaman Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) beberapa hari lepas. - Gambar fail/hiasan/REUTERS

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memandang serius insiden tindakan agresif terhadap pasukan pengaman Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) beberapa hari lepas, kata Setiausaha Agung Operasi Keamanan PBB Jean-Pierre Lacroix pada Isnin.

"Semua tindakan yang membahayakan pasukan pengaman perlu dihentikan. Semua pihak terlibat mesti mematuhi kewajipan mereka untuk memastikan keselamatan dan keamanan pasukan pengaman pada setiap masa," kata Lacroix pada taklimat harian, lapor Xinhua.

"Kekebalan pangkalan PBB mesti dihormati," katanya.

Lacroix berkata pada pagi Isnin, dua anggota pengaman Indonesia terbunuh dalam satu letupan melibatkan konvoi logistik UNIFIL berhampiran Bani Hayyan di selatan Lubnan dan dua lagi cedera. 

Pada Ahad, seorang tentera pengaman daripada kontinjen Indonesia terbunuh dalam satu letupan di dalam pangkalan UNIFIL di Ett-Taibe di bahagian selatan negara itu dan seorang lagi cedera parah.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya insiden yang tidak boleh diterima ini. Pasukan pengaman tidak boleh sama sekali menjadi sasaran," kata Lacroix sambil menambah UNIFIL sedang menyiasat insiden itu.

“Di sebalik insiden itu, pasukan pengaman PBB tetap berada di lapangan, menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Majlis Keselamatan dan menunjukkan "keberanian serta komitmen terbaik untuk menggalakkan keamanan dan keselamatan antarabangsa meskipun jauh dari tanah air,” katanya.

"Hanya pelaksanaan penuh resolusi Majlis Keselamatan 1701 (2006) oleh kedua-dua pihak akan membolehkan penyelesaian jangka panjang kepada konflik itu," kata Lacroix, mengulangi rayuan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres kepada semua pihak untuk menghentikan pertempuran.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video