Skip to main content

Dunia

Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan

51518643643_TBSAJACOBZUMA.jpg
Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta pada Rabu.

Beliau yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah membuat kenyataan itu menerusi siaran televisyen ke seluruh negara.

Zuma berkata beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan walaupun pada dasarnya beliau tidak bersetuju dengan arahan partinya African National Congress (ANC) untuk meninggalkan pejabat dengan segera.

ANC juga telah bersedia untuk mengadakan mengundi tidak percaya di Parlimen pada Khamis.

Must Watch Video