Skip to main content

Dunia

Taufan Otis badai Mexico, ragut 27 nyawa

71698482900_HurricaneOtis.jpg
BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala empat lagi hilang selepas taufan Otis melanda sekitar pusat peranginan Acapulco pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Pencarian mangsa yang hilang masih diteruskan oleh waris mereka menerusi rangkaian media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan platform X.

Sementara itu, kerajaan tempatan dan organisasi berkaitan menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai membuat laporan mengenai individu hilang.

Hotel, restoran dan pusat beli-belah di Acapulco rosak teruk dan kejadian rompakan turut dilaporkan berlaku, mengakibatkan kerugian berjumlah AS$15 bilion.

-- BERNAMA

Must Watch Video