Skip to main content

Dunia

Tanah runtuh Tibet: 21 maut, 62 masih hilang

41364648806_295x200.jpg
Pasukan penyelamat menemui 21 mayat selepas tiga hari insiden tanah runtuh besar di Tibet yang menimbus lebih 80 pekerja lombong emas.

Menurut laporan Radio Kebangsaan China,  selain mayat yang telah ditemui,  62 pelombong lagi masih hilang.

Tanah runtuh berlaku di Lhasa bandar  ke timur Tibet.

Ketika ini lebih 3,500 pekerja kecemasan bertarung cuaca bersalji untuk menjejaki kemungkinan masih ada pelombong yang masih hidup.

Ikuti laporan penuh Astro AWANI

Must Watch Video