Skip to main content

Dunia

Syarikat snek Jepun guna bungkusan monokrom susulan gangguan bekalan dakwat cetakan

This image made from video provided by Japan's NNN-NTV shows Calbee snack packages in color and black and white in Tokyo, Wednesday, May 13, 2026. (NNN-NTV via AP)
Produk dengan pembungkusan baharu itu dijangka mula dipasarkan di seluruh Jepun bermula 25 Mei. -Foto AP

TOKYO: Syarikat snek Jepun, Calbee Inc, menukar pembungkusan beberapa produk utamanya kepada reka bentuk hitam putih susulan gangguan rantaian bekalan bahan cetakan, menurut laporan media.

Langkah itu melibatkan kira-kira 14 produk termasuk kerepek kentang perisa garam ringan, rumpai laut, consommé serta snek jejari udang Kappa Ebisen.

Produk dengan pembungkusan baharu itu dijangka mula dipasarkan di seluruh Jepun bermula 25 Mei.

Menurut laporan, gangguan bekalan tersebut dikaitkan dengan kekurangan naphtha, iaitu bahan petrokimia penting dalam penghasilan dakwat cetakan, susulan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

Dalam kenyataan syarikat, Calbee memaklumkan langkah itu diambil bagi memastikan kesinambungan bekalan produk kepada pengguna.

“Langkah sementara ini diambil bagi memastikan bekalan produk kami kekal stabil dalam situasi semasa,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, kerajaan Jepun memberi jaminan bahawa bekalan keseluruhan naphtha dan bahan berkaitan berada pada tahap mencukupi menerusi penggunaan stok domestik.

Pihak berkuasa turut meningkatkan sumber bekalan alternatif dari luar Asia Barat bagi menyokong keperluan industri pembuatan negara itu.

 

Must Watch Video