Skip to main content

Dunia

Syarikat penerbangan Jepun gantung 787 Dreamliner

61358332070_295x200.jpg
Syarikat Penerbangan All Nippon (ANA) menggantung operasi semua pesawat terbaru boeing 787 Dreamliner selepas salah satu pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan cemas di barat Jepun.

Ia merupakan sebahagian siri insiden yang menimpa pesawat  Dreamliner sejak dua minggu lalu.
Siasatan awal mendapati, pesawat tersebut yang dalam laluan dari Ube ke Yokyo mengalami masalah bateri.

Laporan media tempatan juga mengesahkan pesawat tersebut mengeluarkan asap.

Selain ANA, syarikat Japan Airlines turut menggantung operasi pesawat 787 Dreamliner.

Syarikat penerbangan jepun merupakan yang pertama menggunakan boeing 787 dreamliner.

Beberapa masalah dikesan melibatkan pesawat tersebut, termasuk kebocoran minyak, dan masalah bateri.

Sementara itu, Amerika Syarikat memulakan siasatan untuk mencari punca pesawat terbaru keluaran  boeing itu berdepan pelbagai masalah.

Must Watch Video