Skip to main content

Dunia

Switzerland adakan referendum cadangan had populasi maksimum 10 juta

Switzerland's summer referendum will determine if the government actions a 10-million population cap that could threaten its relationship with the European Union. - Denis Balibouse/Reuters
Switzerland bakal mengadakan referendum bagi memutuskan sama ada negara itu perlu mengehadkan jumlah penduduk kepada maksimum 10 juta. - Gambar hiasan/ Reuters

BERN: Switzerland bakal mengadakan referendum bagi memutuskan sama ada negara itu perlu mengehadkan jumlah penduduk kepada maksimum 10 juta, susulan cadangan yang dikemukakan oleh parti berhaluan kanan, Swiss People’s Party (SVP), di tengah-tengah perdebatan mengenai isu imigresen.

Cadangan SVP itu mewajibkan kerajaan mengambil langkah sebelum populasi negara - kini sekitar 9.1 juta meningkat kepada had maksimum yang dicadangkan.

Walaupun Switzerland bukan anggota Kesatuan Eropah (EU), negara itu mempunyai hubungan rapat melalui lebih 120 perjanjian dua hala, termasuk akses kepada pasaran tunggal EU serta pergerakan bebas manusia dan perdagangan.

SVP, parti terbesar negara itu dan memenangi setiap pilihan raya sejak 1999 mendakwa, Switzerland sedang mengalami “ledakan populasi” yang menekan perkhidmatan awam, membebankan infrastruktur dan meningkatkan kadar sewa rumah.

Parti tersebut menjadi satu-satunya dalam Majlis Persekutuan - Kabinet tujuh anggota yang membuat keputusan secara kolektif yang menyokong cadangan berkenaan.

Majlis Persekutuan telah menyatakan pendirian menolak inisiatif tersebut.

Namun, tinjauan yang dijalankan firma penyelidikan LeeWas tahun lalu menunjukkan cadangan itu menerima sokongan meluas dalam kalangan rakyat Switzerland.

Dengan sistem referendum negara itu, sebarang inisiatif awam boleh dibawa ke undian nasional sekiranya berjaya mengumpul 100,000 tandatangan dalam tempoh 18 bulan.

Dalam satu hantaran di platform X, SVP menggesa pengundi menyokong usul tersebut.

Kemasukan pendatang akan dihadkan jika populasi mencecah 9.5 juta

Sekiranya referendum yang dijadualkan pada 14 Jun itu diluluskan:

* Kerajaan akan menghentikan kemasukan pendatang baharu, termasuk pemohon suaka dan keluarga penduduk asing apabila populasi mencecah 9.5 juta.

* Jika populasi mencapai 10 juta, kerajaan akan dipaksa menamatkan perjanjian pergerakan bebas dengan EU, iaitu rakan dagang terbesar Switzerland.

Langkah-langkah itu dijangka memberi kesan ketara kepada ekonomi, pasaran kerja dan hubungan diplomatik Switzerland dengan blok Eropah. - Agensi
 

Must Watch Video