Skip to main content

Dunia

Steve Jobs diabadikan pada duit syiling edisi khas Amerika Syarikat

81760588765_TBSteveJobs.jpg
PENGASAS Apple mendiang Steve Jobs akan diabadikan pada sekeping duit syiling $1 edisi khas oleh United States Mint.

Jobs dan tiga lagi tokoh dipilih untuk siri American Innovation Coin kerana sumbangan mereka kepada sektor teknologi Amerika Syarikat.

Gambar ikonik Jobs duduk bersila dengan baju turtleneck yang amat sinonim dengan beliau diukir pada muka syiling.

Turut dipaparkan pada muka syiling ialah frasa “Make Something Wonderful”.

Siri American Innovation Coin dimulakan pada tahun 2018 untuk menghargai sumbangan tokoh penting Amerika Syarikat.

Setiap negeri akan mencalonkan seorang tokoh dan tahun ini gabenor California mencalonkan Jobs kerana sumbangan besar beliau kepada negeri.

Set empat syiling American Innovation Coin dengan ukiran gambar Steve Jobs akan dijual tahun hadapan pada harga $13.25. 




Must Watch Video