Skip to main content

Dunia

Singapura gagalkan cubaan seludup 830kg sisik tenggiling

On 29 December 2025, NParks and Immigration & Checkpoints Authority (ICA) intercepted an inbound lorry bringing in sea cargo that contained over 830kg of Sunda Pangolin scales falsely declared as “dried fish skin”. Based on preliminary investigations, the cargo was transiting through Singapore en route from Indonesia to Cambodia. Soutce : FB NParks
Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memintas sebuah lori yang membawa masuk kargo laut yang diisytiharkan secara palsu sebagai "kulit ikan kering" di Stesen Pengimbasan Jurong. - Facebook NParks

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura merampas lebih 830 kilogram (kg) sisik tenggiling Asia, dianggarkan daripada lebih 2,200 ekor haiwan itu, rampasan terbesar setakat ini, kata Lembaga Taman Negara (NParks).

NParks dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan rampasan itu berlaku pada 29 Dis 2025 apabila pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memintas sebuah lori yang membawa masuk kargo laut yang diisytiharkan secara palsu sebagai "kulit ikan kering" di Stesen Pengimbasan Jurong.

Pemeriksaan seterusnya menemukan 30 beg sisik tenggiling yang dirampas oleh NParks.

"Berdasarkan siasatan awal, kargo itu sedang transit melalui Singapura dalam perjalanan dari Indonesia ke Kemboja," menurut kenyataan itu.

Menurut NParks, analisis genetik oleh saintis di Pusat Forensik Hidupan Liar mendapati sisik berkenaan ialah sisik Tenggiling Sunda (Manis javanica), spesies terancam yang berasal dari Asia Tenggara, termasuk Singapura.

"Singapura mengamalkan pendirian sifar toleransi terhadap perdagangan haram spesies hidupan liar yang terancam, bahagiannya dan terbitannya.

"Kes ini menggariskan kepentingan kawalan sempadan Singapura yang kukuh dan menunjukkan keberkesanan pendekatan yang diselaraskan, diterajui perisikan, dan pelbagai agensi dalam mengesan dan mencegah jenayah hidupan liar," tambahnya.

Tenggiling dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) yang ditandatangani Singapura.

Singapura komited terhadap usaha antarabangsa untuk memerangi perdagangan hidupan liar haram bagi memastikan kemandirian jangka panjang haiwan tersebut, menurut NParks.

-- BERNAMA

Must Watch Video