Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 503 maut, 5,700 cedera dalam serangan AS-Israel di Tehran

Smoke rises following an explosion, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 5, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah orang awam, termasuk 12 kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga 12 tahun. - Gambar fail

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 503 orang maut manakala kira-kira 5,700 yang lain cedera dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel di ibu negara Iran, Tehran sejak akhir bulan lalu, menurut pengarah Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Tehran pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.

Mohammad Esmail Tavakoli memberitahu Iranian Students News Agency (ISNA) bahawa kebanyakan mangsa yang terkorban adalah orang awam, termasuk 12 kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga 12 tahun.

AS dan Israel terus melancarkan serangan bersama ke atas Iran sejak 28 Feb lepas yang setakat ini mengorbankan banyak nyawa, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video