MINA: Syarikat Kereta Api Arab Saudi (SAR) mengumumkan perjalanan keempat Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah telah disempurnakan, menyaksikan penghantaran jemaah haji dari Muzdalifah ke Mina pada 9 pagi Rabu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
SAR memaklumkan bahawa lebih 357,000 penumpang dibawa dalam perjalanan kali ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bagi keempat-empat fasa perjalanan meningkat kepada melebihi 961,000 orang.
Perjalanan kelima pula bermula pada 9 pagi dan dijadualkan berterusan sehingga 6 petang pada 13 Zulhijjah.
Menurut SAR, pelan operasinya bagi Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah merangkumi lebih 2,000 perjalanan, yang dijangka memberi perkhidmatan kepada lebih dua juta jemaah sepanjang musim Haji ini.
-- BERNAMA-SPA