Skip to main content

Dunia

Rusia nafi dakwaan Navalny diracun toksin katak, tuduh Barat sebar propaganda

51708307359_TBAlexeiNavalny.jpg
Dakwaan itu dibuat selepas United Kingdom, Perancis, Jerman, Sweden, dan Belanda mengumumkan hasil analisis makmal yang didakwa mengesahkan kehadiran toksin tersebut dalam sampel mayat Navalny. -Gambar fail

MOSCOW: Rusia menolak dakwaan lima negara Eropah bahawa kematian tokoh pembangkang Alexei Navalny berpunca daripada toksin epibatidine yang biasanya ditemui pada katak panah Amerika Selatan, sambil menyifatkannya sebagai “propaganda Barat” yang tidak berasas.

Dakwaan itu dibuat selepas United Kingdom, Perancis, Jerman, Sweden dan Belanda mengumumkan hasil analisis makmal yang didakwa mengesahkan kehadiran toksin tersebut dalam sampel mayat Navalny.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, berkata Moscow hanya akan memberikan respons rasmi selepas keputusan makmal berkenaan serta formula bahan tersebut didedahkan sepenuhnya.

Beliau menuduh negara Barat sengaja mencetuskan sensasi media bagi mengalihkan perhatian daripada isu dalaman masing‑masing.

Kedutaan Rusia di London turut mempersendakan dakwaan itu dengan kenyataan sinis: “Siapa yang mempercayai omong kosong tentang seekor katak?”

Menurut laporan media antarabangsa, negara Eropah mendakwa epibatidine tidak wujud secara semula jadi di Rusia, dan penggunaannya menunjukkan wujud campur tangan negara dalam kematian Navalny.

Rusia bagaimanapun kekal menegaskan bahawa Navalny meninggal dunia atas sebab semula jadi ketika dipenjara di sebuah koloni tahanan Artik pada 2024.

Pertikaian terbaharu ini dijangka meningkatkan lagi ketegangan antara Eropah dan Rusia, khususnya berkaitan isu hak asasi serta dakwaan pelanggaran Konvensyen Senjata Kimia, selepas lima negara berkenaan menyatakan mereka akan merujuk kes itu kepada OPCW.

Must Watch Video