Skip to main content

Dunia

Rusia bangunkan platform khusus sekat nombor telefon dan laman web mencurigakan - PM Mishustin

71579183968_MikhailMishustin.jpg
MOSCOW: Rusia sedang membangunkan platform khusus bagi memerangi penipuan, yang direka untuk mengenal pasti dan menyekat nombor telefon serta laman sesawang mencurigakan dengan lebih pantas, kata Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin.

Menurut Agensi Berita Rusia (TASS), alat ini bertujuan meningkatkan perlindungan orang ramai daripada aktiviti penipuan yang berpotensi berlaku.

"Kami sedang membangunkan platform khas ini, yang akan membolehkan pengenalpastian dan penyekatan pantas terhadap nombor telefon, laman sesawang, aplikasi dan akaun mencurigakan. Ia akan menjadi pusat penyelarasan tunggal bagi agensi kerajaan, bank dan pihak penguatkuasa undang-undang," katanya.

Perdana Menteri itu menegaskan, pihak penguatkuasaan undang-undang memandang serius isu penipuan, sambil menyatakan bahawa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menjalankan tugas secara menyeluruh dalam menangani perkara ini.

-- BERNAMA



Must Watch Video