Skip to main content

Dunia

Rakyat Korea Selatan keluar mengundi pada hari akhir undian awal pilihan raya tempatan

Sumber: YONHAP  NEWS
Rakyat Korea Selatan keluar mengundi pada Sabtu iaitu hari kedua dan terakhir pengundian awal untuk pilihan raya tempatan seluruh negara dan pilihan raya kecil Parlimen pada 3 Jun minggu depan. - Gambar Yonhap

SEOUL: Rakyat Korea Selatan keluar mengundi pada Sabtu iaitu hari kedua dan terakhir pengundian awal untuk pilihan raya tempatan seluruh negara dan pilihan raya kecil Parlimen pada 3 Jun minggu depan.

Pilihan raya itu dilihat secara meluas sebagai referendum pada tahun pertama Presiden Lee Jae Myung memegang jawatan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Lebih 5.95 juta orang, atau 13.35 peratus, daripada 44.6 juta pengundi berdaftar membuang undi setakat 9 pagi selepas pengundian awal bermula 6 pagi hari sebelumnya, menurut NEC.

Peratusan keluar mengundi adalah lebih tinggi daripada 11.81 peratus yang dicatatkan pada masa sama hari kedua pengundian awal untuk pilihan raya tempatan 2022.

Sebanyak 16 jawatan Datuk Bandar dan Gabenor dipertandingkan berserta 227 ketua kerajaan tempatan dan kira-kira 4,000 ahli majlis tempatan.

Tumpuan juga pada pilihan raya kecil parlimen yang akan mengisi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri yang kosong, dengan pemimpin politik berpengaruh, seperti Han Dong-hoon, bekas ketua pembangkang utama Parti Kuasa Rakyat (PPP), bersaing untuk merebut jawatan.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

Must Watch Video

Advertisement