LONDON: Sebagai Ketua Negara Britain, Raja Charles III perlu kekal bersikap neutral.
Namun dalam ucapannya yang menyentuh isu-isu sensitif, baginda berhati-hati memilih kata.
“Ketika ancaman tirani kembali membayangi Eropah, kita bersama sekutu berdiri teguh menyokong Ukraine bagi mengekang pencerobohan dan memastikan keamanan,” titah baginda, tanpa menyebut secara langsung perang Rusia ke atas Ukraine.
Raja Charles turut memuji komitmen peribadi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam usaha mencari penyelesaian terhadap beberapa konflik dunia yang paling rumit demi menjamin keamanan.
Raja Charles turut mengaitkan ancaman moden terhadap demokrasi dengan pakatan perang antara Amerika Syarikat dan United Kingdom.
“Negara kita mempunyai hubungan pertahanan, keselamatan dan risikan yang paling erat yang pernah wujud,” titah baginda. - Agensi