Skip to main content

Dunia

Puluhan terperangkap selepas terowong dalam pembinaan runtuh di India

71699788781_TBTEROWONGINDIA.jpg
NEW DELHI: Berpuluh-puluh pekerja terperangkap selepas sebuah terowong jalan raya yang sedang dalam pembinaan runtuh di Uttarakhand di utara India pada Ahad.

Sebahagian daripada terowong sepanjang 4.5 kilometer (km) itu runtuh pada awal pagi, memerangkap kira-kira 40 orang, lapor media tempatan.

Usaha menyelamat sedang dijalankan.

Terowong itu merupakan sebahagian daripada projek lebuh raya untuk mengurangkan jarak perjalanan antara Uttarkashi dan Yamunotri.

-- BERNAMA

Must Watch Video