Skip to main content

Dunia

Presiden wanita pertama Korea Selatan

41355957945_295x200.jpg
Park Geun-Hye mencipta sejarah sebagai wanita pertama Korea Selatan dipilih menjadi presiden negara itu.

Ghen Hye berjaya mengalahkan pencabarnya dengan memperoleh kemenangan tipis, 51.6 peratus undi.

Dalam pertandingan dua penjuru antara parti konservatif dan liberal  calon pembangkang, Moon Jae In hanya mendapat 48 peratus undi.

Pada pilihan raya presiden kali ini, ia menyaksikan peningkatan peratusan keluar mengundi yang mencecah  75 peratus.

Ia 12 peratus lebih tinggi berbanding pemilihan pada 2007.

Proses demokrasi kali ini menyaksikan isu pendemokrasian ekonomi dan hubungan dua Korea mendominasi sentimen pengundi.

Rakyat mendesak langkah segera diambil untuk merapatkan jurang ekonomi masyarakat yang semakin luas serta mewujudkan peluang pekerjaan.

Must Watch Video