Skip to main content

Dunia

Presiden Singapura akan hadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III di London

41505188219_HalimahYacob.jpg
SINGAPURA: Presiden Singapura Halimah Yacob akan berada di London, United Kingdom (UK) selama empat hari mulai Khamis (4 Mei) untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III dan Ratu Camilla pada Sabtu (6 Mei) atas jemputan kerajaan UK.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA) republik itu Halimah akan ditemani pasangannya Mohamed Abdullah Alhabshee dan pegawai dari Pejabat Presiden dan MFA.

Semasa di London, Halimah akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong dan Presiden Fiji Ratu Wiliame Katonivere.

Halimah juga akan menghadiri majlis resepsi yang dianjurkan untuk warga Singapura Luar Negara yang berpangkalan di UK.

Semasa ketiadaan beliau, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Eddie Teo, akan menguruskan tugas Pejabat Presiden.

-- BERNAMA

Must Watch Video