Skip to main content

Dunia

Iran umum kemenangan, AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang

People shout slogans as they gather after a two-week ceasefire in the Iran war was announced, in Tehran, Iran, April 8, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. REFILE - QUALITY REPEAT TPX IMAGES OF THE DAY
Rakyat Iran berkumpul di Tehran meraikan pengumuman gencatan senjata selama dua minggu. - Gambar/ Reuters

IRAN mengisytiharkan kemenangan susulan gencatan senjata yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Trump turut menyifatkan cadangan 10 perkara yang bertujuan menamatkan perang dikemukakan Iran, mempunyai "asas yang boleh dilaksanakan".

Dalam satu kenyataan, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, berkata: “Perlu diperhatikan bahawa penerimaan resolusi sedemikian akan menjadikan semua perjanjian ini mengikat bawah undang-undang antarabangsa dan merupakan satu kemenangan diplomatik besar bagi rakyat Iran,” katanya.

Rangkaian Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) milik kerajaan dalam pada itu melaporkan, Amerika Syarikat (AS) "pada dasarnya" menerima cadangan 10 perkara yang bertujuan menamatkan perang.

Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran berkata, cadangan itu akan menjadi rangka kerja untuk rundingan yang bertujuan memuktamadkan perjanjian yang lebih luas, namun tidak memperincikan rancangan itu.

IRIB, memetik kenyataan dan laporan berkaitan, berkata cadangan itu termasuk jaminan untuk tidak melakukan pencerobohan terhadap Iran, Iran terus mengawal Selat Hormuz, pengiktirafan hak Tehran untuk pengayaan uranium, penarikan semua sekatan primer dan sekunder AS, penamatan resolusi Majlis Keselamatan Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Lembaga Agensi Tenaga Atom Antarabangsa terhadap Iran, pembayaran pampasan, pasukan tentera AS berundur daripada Iran dan menamatkan permusuhan di semua tempat termasuk di Lubnan.

Menurut majlis itu, rundingan tersebut tidak bermakna perang telah berakhir, menekankan bahawa sebarang perjanjian akhir bergantung pada memastikan keadaan Iran dan memuktamadkan butiran.

Tambahnya, laluan selamat melalui Selat Hormuz akan dipastikan semasa tempoh rundingan melalui penyelarasan dengan angkatan tentera Iran.

Rundingan dijadualkan bermula pada Jumaat di Islamabad di bawah pengantaraan Pakistan dan akan berlangsung sehingga dua minggu, dengan kemungkinan dilanjutkan menerusi persetujuan bersama.

Trump berkata sebelum ini, Washington akan menangguhkan serangan ke atas Iran selama dua minggu, menyifatkan cadangan Tehran sebagai "asas yang boleh dilaksanakan" untuk rundingan.

 

 

 

Must Watch Video