Skip to main content

Dunia

Presiden Brazil, Lula mulakan radioterapi selepas disahkan menghidap kanser kulit

Brazil's President Luiz Inacio Lula da Silva attends the opening of the 1st Brazil-Africa Rectors Forum, aimed at strengthening cooperation between Brazil and African countries in higher education, in Brasilia, Brazil May 25, 2026. REUTERS/Diego Herculano
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva memulakan rawatan radioterapi pencegahan selepas disahkan menghidap kanser kulit peringkat awal, menurut doktor yang merawat pemimpin berusia 80 tahun itu. - Gambar fail Reuters

BRASILIA: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva memulakan rawatan radioterapi pencegahan selepas disahkan menghidap kanser kulit peringkat awal, menurut doktor yang merawat pemimpin berusia 80 tahun itu pada Isnin.

Lula menjalani prosedur membuang ketumbuhan kecil pada kulit (lesi sel basal) pada 24 April lalu. 

“Diputuskan untuk meneruskan rawatan susulan menggunakan radioterapi pencegahan superfisial pada kulit kepala,” menurut doktor di Hospital Sirio-Libanes dalam nota perubatan, sambil menambah Lula akan meneruskan aktiviti harian tanpa sebarang sekatan.

Seorang jurucakap bagi pejabat Presiden Brazil memberitahu Reuters bahawa lesi "kecil" itu didiagnosis sebagai kanser peringkat awal dan Lula akan menjalani 15 sesi radioterapi untuk mencegah pembentukan lesi baharu.

Lula dijangka bertanding untuk penggal keempat bukan berturut-turut pada Oktober ini dan kini mendahului pencabar sayap kanan, Flavio Bolsonaro, dalam beberapa tinjauan pendapat bagi potensi pusingan kedua.

Beliau merupakan Presiden tertua yang sedang berkhidmat di Brazil dan pernah mengalami beberapa masalah kesihatan sebelum ini, termasuk pembedahan kecemasan pada 2024 bagi merawat dan mencegah pendarahan di dalam kepalanya. Lula juga pernah dirawat bagi kanser tekak pada 2011.

-- REUTERS

 

Must Watch Video

Advertisement