Skip to main content

Dunia

DOJ: Tembakan berhampiran White House satu lagi cubaan bunuh Trump

Law enforcement agents stand behind yellow tape near the White House, after gunshots were heard nearby, in Washington, D.C., U.S., May 23, 2026. REUTERS/Kylie Cooper
Satu dokumen mahkamah yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menyifatkan insiden tembakan berhampiran White House pada Sabtu lalu sebagai satu lagi cubaan membunuh Presiden Donald Trump. - Gambar Reuters

WASHINGTON: Satu dokumen mahkamah yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menyifatkan insiden tembakan berhampiran White House pada Sabtu lalu sebagai satu lagi cubaan membunuh Presiden Donald Trump, menurut laporan ABC News yang diterbitkan pada Isnin, lapor Xinhua.

Dokumen itu dikemukakan ketika pentadbiran Trump memperhebat usaha meminta seorang hakim persekutuan menarik balik injunksi yang menghalang pembinaan dewan besar yang dicadangkan.

Menurut Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, pegawai keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan di pusat pemeriksaan keselamatan White House pada petang Sabtu. 

Seorang orang awam turut terkena tembakan dalam kejadian itu.

Jabatan Polis Metropolitan Washington mengenal pasti suspek sebagai Nasire Best, 21, dari Dundalk, Maryland.

ABC News melaporkan, dokumen yang ditandatangani Peguam Negara Bersekutu Stanley Woodward itu menyifatkan kejadian berkenaan sebagai satu lagi cubaan menyasarkan Trump.

Dokumen itu turut berhujah bahawa dewan besar yang dicadangkan akan menyediakan tempat lebih selamat bagi acara berskala besar yang ketika ini diadakan dalam struktur sementara di kawasan South Lawn.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement