Skip to main content

Dunia

Polis lepaskan lelaki ditahan berkaitan kes tembakan di Brown University

61765669938_Lawenforcement.jpg
MOSCOW: Polis melepaskan seorang lelaki Benjamin Erickson yang ditahan berkaitan insiden tembakan pada Sabtu di Brown University, Rhode Island, kerana bukti "kini menunjuk ke arah lain," lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan CNN yang merujuk Peguam Negeri Rhode Island Peter Neronha.

Datuk Bandar Providence Brett Smiley sebelum ini mengumumkan dua orang terbunuh dan sembilan cedera dalam tembakan di Brown University pada Sabtu. Pentadbir universiti mengesahkan mangsa merupakan pelajar.

Polis kemudian menahan seorang suspek dalam tembakan itu. Menurut CNN, beliau telah dikenal pasti sebagai Benjamin Erickson, 24 tahun, seorang pegawai tentera yang sebelum ini berkhidmat di Tanah Perkuburan Negara Arlington.

Smiley juga menyebut pihak berkuasa tiada maklumat sama ada penyerang sebenar mungkin telah meninggalkan negeri itu.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI




Must Watch Video