Skip to main content

Dunia

PM Sepanyol kecam Israel-AS, dakwa Netanyahu mahu ulangi kemusnahan Gaza di Lubnan

FILE PHOTO: Spain's Prime Minister Pedro Sanchez gestures during a year-end news briefing at Moncloa Palace in Madrid, Spain, December 15, 2025. REUTERS/Susana Vera/File Photo
Sanchez (foto) menyifatkan penglibatan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran sebagai satu malapetaka besar yang mengundang risiko kepada kestabilan serantau. -Gambar fail/Reuters

MADRID: Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez melancarkan kritikan tajam terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan mendakwa pemimpin itu sedang berusaha mengenakan tahap kemusnahan yang sama ke atas Lubnan seperti yang berlaku di Gaza.

Berucap di Parlimen hari ini, Sanchez menyifatkan penglibatan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran sebagai satu malapetaka besar yang mengundang risiko kepada kestabilan serantau.

“Semua ini dilakukan untuk apa? Untuk memperlekehkan undang-undang antarabangsa, menggugat kestabilan Asia Barat, menyemarakkan semula konflik di Iraq dan Lubnan, serta membiarkan Gaza tertimbus di bawah runtuhan kealpaan dan sikap tidak peduli,” tegas beliau.

Kenyataan keras Sanchez itu mencerminkan kebimbangan semakin memuncak dalam kalangan pemimpin Eropah terhadap peluasan konflik di rantau berkenaan, yang bukan sahaja memusnahkan infrastruktur awam malah mengancam keselamatan global.

Sepanyol sebelum ini secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata segera dan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan lebih tegas bagi menghalang krisis kemanusiaan yang lebih parah di Lubnan dan Palestin.

Must Watch Video