Skip to main content

Dunia

Pihak berkuasa Rusia sahkan kematian ketua Wagner Prigozhin

41692914698_TBYevgenyPrigozhin.jpg
MOSCOW: Pihak berkuasa Rusia secara rasmi mengesahkan kematian ketua kumpulan upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita TASS yang memetik Jawatankuasa Penyiasatan Rusia (SKR).

Prigozhin telah dianggap maut sejak sebuah pesawat terhempas dalam keadaan tidak jelas di luar Moscow pada Rabu.

Prigozhin dan komander tertinggi Wagner disenaraikan antara 10 orang di dalam pesawat itu.

TASS pada Ahad melaporkan, selepas mengenal pasti kesemua 10 mangsa nahas pesawat, penyiasat Rusia telah mengesahkan bahawa Prigozhin adalah salah seorang daripada mereka.

--BERNAMA-dpa



Must Watch Video