BAITULMUQADDIS: Pihak berkuasa pendudukan Israel terus menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki, sekali gus menghalang jemaah daripada mengakses tempat suci itu untuk hari ke-16 berturut-turut, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Buat pertama kali sejak 1967, jemaah dilarang daripada menunaikan solat di Al-Aqsa semasa hari-hari terakhir bulan suci Ramadan.
Pejabat Gabenor Baitulmuqaddis sebelum ini memberi amaran mengenai peningkatan retorik hasutan berbahaya yang diketuai oleh kumpulan ekstremis "organisasi kuil" terhadap Al-Aqsa di tengah-tengah langkah sekatan yang berterusan.
Kenyataan itu menegaskan bahawa apa yang berlaku ketika ini tidak boleh dianggap sebagai langkah keselamatan sementara seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa Israel.
Sebaliknya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada agenda politik dan ideologi yang bertujuan untuk mengubah status agama, sejarah, dan undang-undang sedia ada bagi masjid berkenaan.
-- BERNAMA-WAFA