Skip to main content

Dunia

Pesawat American Airlines terbakar di lapangan terbang Denver

81537484877_AmericanAirlines.jpg
WASHINGTON: Sebuah pesawat American Airlines terbakar selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada petang Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

Menurut pihak lapangan terbang, pesawat itu berada di pintu pelepasan C38 dengan kepulan asap jelas kelihatan.

"Selepas mendarat dengan selamat dan menuju ke pintu pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver (DEN), Penerbangan 1006 American Airlines mengalami masalah berkaitan enjin," menurut kenyataan lapangan terbang itu.

Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal dipindahkan ke terminal tanpa sebarang kecederaan, menurut laporan.






-- BERNAMA

Must Watch Video